MAKLUMAN
Untuk menyumbang kepada pihak kelab sila "Bank In" ke akaun berkenaan:
CIMB Bank - 021-300008-121-03
Kelab Sukarela Bantuan Bencana Wilayah Utara
(Disaster Volunteer Relief Club of North Region) (DEVICE)
Takrifan Bencana
" melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."
(Arahan MKN No. 20)
Saturday, December 8, 2012
Wednesday, November 7, 2012
KEROSAKAN PADA PERALATAN
Pengumuman Penting
Telah berlaku kerosakan 'KRITIKAL' kepada peralatan komunikasi, seperti yang dapat dilihat pada gambar. Oleh itu 'BANTUAN' dari segi dana amat diperlukan bagi membaikpulih kemudahan berkenaan. Ahli-ahli yang dapat menyumbang amatlah diharapkan kerana kemudahan ini amat perlu terutamanya pada masa sekarang dengan kejadian-kejadian bencana yang berlaku seperti banjir dan lain-lain.
Kepada yang ingin memberi sumbangan bolehlah menyerahkan terus kepada Bendahari kelab ataupun menyalurkan terus ke akaun kelab seperti dibawah. Bantuan dari anda semua amatlah diharapkan.
CIMB Bank - 021-300008-121-03
Kelab Sukarela Bantuan Bencana Wilayah Utara
(Disaster Volunteer Relief Club of North Region) (DEVICE
Kelab Sukarela Bantuan Bencana Wilayah Utara
(Disaster Volunteer Relief Club of North Region) (DEVICE
Tuesday, October 16, 2012
Sunday, September 30, 2012
Saturday, September 22, 2012
Sunday, September 16, 2012
Friday, September 14, 2012
Wednesday, September 12, 2012
SISTEM AMARAN AWAL BENCANA
Sistem Amaran Awal
- Sistem Amaran Awal Banjir.
http://infobanjir.water.gov.my
- Sistem Amaran Awal Tsunami/Cuaca/Gempa Bumi.
http://www.met.gov.my
- Maklumat Mengenai Kejadian Tanah Runtuh.
http://www.jkr.gov.my/v2/english/index.asp
- Maklumat mengenai Indeks Pencemaran Udara.
http://www.jas.sains.my
- Maklumat mengenai situasi pandemik semasa
http://www.moh.gov.my/MohPortal/index.jsp
MAKSUD ISTILAH KEJADIAN KEJADIAN BENCANA
Kejadian-Kejadian Bencana
- Bencana Alam - banjir, kemarau, tanah runtuh, ribut
- Bencana Industri - letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran
- Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya.
- Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas.
- Kemalangan udara di kawasan binaan dan orang ramai.
- Pelanggaran atau kegelinciran keretapi.
- Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran bangunan tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai.
- Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir).
- Kemalangan nuklear atau radiologi.
- Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam.
- Kejadian jerebu - serantau dan tempatan
Bencana Udara
Bencana udara yang melibatkan kapal terbang yang jatuh di gunung, di hutan dan di laut ditangani oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Namun begitu, bencana udara yang melibatkan kawasan berpendudukan tertakluk di bawah Arahan MKN No. 20 ini.
Bencana Laut
Bencana laut dikendalikan oleh Jabatan Laut. (Namun pada 13 Ogos 2008 Kabinet bersetuju bahawa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM akan mengambil tugas daripada Jabatan Laut.)
Kejadian-kejadian Bukan Bencana
Kejadian kemalangan yang bersifat kecemasan seperti kemalangan kenderaan, kebakaran kecil, kemalangan di tasik atau sungai. Kejadian-kejadian ini dapat dikendali dalam masa yang singkat oleh agensi-agensi berkaitan dengan menggunakan sumber yang minima di peringkat tempatan.
Tuesday, September 11, 2012
Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
Gambar ni bermotivasi tak? ha..ha..ha..
- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
- Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
- Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
- Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
- Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
- Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
- Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
- Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
- Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
- Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
- Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
- Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
- Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
- Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
- Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
- Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
- Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
- Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























