free counters

Followers


PORTAL BANJIR

PORTAL BANJIR
Maklumat Terkini BANJIR Negeri-Negeri Di Malaysia

MAKLUMAN

Untuk makluman rakan-rakan blogger dan rakan-rakan kelab DEVICE pihak kelab telah mempunyai akaun bank yang rasmi. Oleh itu kepada penderma-penderma yang ingin memberi sumbangan kepada pihak kelab dalam membantu masyarakat semasa kejadian bencana alam terutamanya di Wilayah Utara iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Sumbangan akan digunakan untuk memperlengkapkan pihak kelab dalam menyediakan peralatan-peralatan asas untuk digunakan semasa kejadian bencana, antaranya peralatan seperti peti perubatan kecemasan, cangkul, penyodok tanah, baju "vest", lampu kecemasan dan lain-lain peralatan yang berkaitan yang perlu ada semasa menangani apa-apa kejadian bencana.

Sumbangan Anda amat diperlukan.

Untuk menyumbang kepada pihak kelab sila "Bank In" ke akaun berkenaan:


CIMB Bank - 021-300008-121-03


Kelab Sukarela Bantuan Bencana Wilayah Utara
(Disaster Volunteer Relief Club of North Region) (DEVICE)

Takrifan Bencana

"...sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan masyarakat setempat."



" melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."



(Arahan MKN No. 20)



Friday, February 1, 2013

Mesyuarat Agong Tahunan Bagi Tahun 2013

Tarikh :
31 Januari 2013

Masa :
8.30 Malam

Tempat :
Sekolah Kebangsaan Simpor,
Tikam Batu,
Kedah.

Pihak Kelab mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat ahli kelab yang banyak menyokong aktiviti ini.  Menyuarat Agong kali ini bukan merupakan mesyuarat pemilihan tetapi banyak berkisar kepada penerangan aktiviti-aktiviti, membentangkan Laporan Kewangan, perkara-perkara berbangkit mengenai kelab bagi Tahun 2012 dan juga mencadangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan untuk Tahun 2013.  Pihak Kelab juga amat berterima kasih kepada penyumbang hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah pada malam berkenaan.  Tujuan mengadakan cabutan bertuah adalah untuk menghargai komitmen sahabat-sahabat kelab semua yang bersama-sama semasa susah dan senang ketika menguruskan perjalanan kelab ini. 

Terima kasih dan tahun depan jumpa lagi.